fbpx

Azeem terus gamatkan trek olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM terus memperbaiki catatan masanya selepas berkelana ke AS pada aksi saringan Kejohanan SEC Outdoor di Baton Rouge, Louisiana semalam.

KEKECEWAAN peminat-pe­minat olahraga tanah air untuk menyaksikan status raja pecut Asia Tenggara kembali menjadi milik Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 terubat dengan kejayaan Muhammad Azeem Mohd. Fahmi.

Raja pecut Manila 2019, Muhammad Haiqal Hanafi menamatkan aksi final di Stadium Nasional Morodok Techo kelmarin sebagai pemenang gangsa, manakala raja pecut Kuala Lumpur 2017, Khairul Hafiz Jantan di tempat keempat.

Biarpun berbeza balapan kejohanan, tetapi Azeem, 19, kembali menceriakan mood sukan olahraga tanah air dengan catatan masa 10.11 saat (s) pada aksi sa­ringan Kejohanan SEC Outdoor di Baton Rouge, Louisiana semalam.

Azeem yang mewakili Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS) kini semakin menghampiri rekod 100m kebangsaan dilakukannya tahun lepas iaitu 10.09s.

Prestasinya semakin mening­kat memandangkan kejohanan di Bernie Moore Track itu adalah perlumbaan 100m ketiga tahun ini selepas mencetak masa 10.32s di Tallahassee pada Mac dan 10.14s di Jacksonville bulan lalu.

Tidak keterlaluan mengatakan Azeem kini sudah berpotensi besar dan bila-bila masa sahaja boleh melakukan larian di bawah catatan 10s, sekali gus menjadi pelari pertama dari Asia Tenggara mencetak masa mengagumkan itu.

“Perkembangan ini berjalan mengikut perancangan. Hanya masa yang akan menentukannya nanti,” kata atlet berasal dari Teluk Intan, Perak itu.

Aksi final hari ini adalah peluang pertama buat Azeem untuk cuba mencipta gemilang itu ataupun pada kelayakan Persa­tuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) bermula 24 Mei ini dan seterusnya Kejohanan NCAA pada 7 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI