PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita bergelar ibu di negara ini.
Beliau melalui perkongsian di laman Facebook miliknya hari ini berkata, tiada ayat yang mampu diungkapkan tatkala mengenang jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesarkan kita.
Katanya, dalam setiap pencapaian, atau detik kecemerlangan yang kita kecapi, ada peranan ibu disebaliknya.
“Kepada yang telah kehilangan ibu, semoga mereka bertemu damai di sana. Kepada yang masih punyai ibu, semoga terus dalam kasihnya,” katanya.
Dalam kesempatan itu juga, beliau turut mengucapkan selamat Hari Ibu kepada Allahyarham ibunya serta isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – KOSMO! ONLINE