fbpx

Sukan SEA: Cheong Min tuai pingat emas kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEONG MIN

RATU wusyu negara, Tan Cheong Min menganggap kejayaan meraih dua pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini antara yang ‘berharga’ sepanjang kariernya selaku atlet kebangsaan.

Sebagai rekod, Cheong Min mengesahkan statusnya selaku harapan buat kontinjen Malaysia selepas mendominasi acara gabungan Nandou – Nangun wanita pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar semalam.

Atlet kelahiran Melaka berusia 25 tahun itu berjaya me­raih 18.16 mata sekali gus mengetepikan cabaran daripada wakil Myanmar, Aye Thitsar Myint yang meraih perak dengan jaguh Vietnam, Thi Tu Binh Phan melengkapkan kedudukan podium.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 meraih pingat emas kedua peribadinya selepas mendominasi acara Nanquan pada Rabu lepas.

Meskipun sudah bergelar juara dunia wusyu sebelum ini, emas Sukan SEA juga memberi makna tersendiri buat Cheong Min memandangkan ini adalah penyertaan pertama dalam temasya dwitahunan itu.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan anggap pingat emas kali ini adalah cukup berharga.

“Namun, kali ini saya berjaya menang untuk dua acara pada Nanquan dan gabungan Nandou – Nangun. Jika acara itu dipisahkan, mungkin saya boleh raih tiga emas.

“Saya turun dengan agak tertekan kerana takut melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keputusan yang diraih,” kata­nya yang meraih emas acara Nandou di Kejohanan Dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI