fbpx

Seorang maut, dua parah motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 23, Jalan Sri Aman - Serian berhampiran Kampung Panggil, Sri Aman.

SRI AMAN – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 23, Jalan Sri Aman – Serian berhampiran Kampung Panggil di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 7.15 malam tadi, mangsa yang berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya selain rakan mangsa yang berusia 14 tahun, pemandu Honda CRV iaitu lelaki berusia 60 tahun turut mengalami cedera parah di kepala.

“Setibanya di lokasi, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah memberi rawatan awal kepada mangsa motosikal yang tercampak.

“Salah seorang mangsa cedera parah telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS manakala seorang lagi mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan paramedik.

“Mangsa yang berada dalam kenderaan Honda CRV tidak tersepit dan telah dibawa oleh EMRS ke hospital ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya motosikal Yamaha R250 terbabit turut terbakar 100 peratus dan anggota bomba bertindak memadam api menggunakan satu aliran hos sumber air dari tangki jentera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI