fbpx

Perlu RM1,000 sewa mesin pernafasan, sedut kahak anak sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd FIRDAUS (kiri) menunjukan anak mereka, Muhammad Umar Harith ketika ditemui di Kampung Keda, Bagan Sena, Labu Besar, Kulim semalam.

KULIM – Sepasang suami isteri buntu mendapatkan wang sebagai perbelanjaan harian bagi menguruskan anak mereka berusia setahun tiga bulan yang disahkan menghidap penyakit jantung.

Norain Wahab, 28, berkata, dia terpaksa berhenti kerja di sebuah gerai makan bagi memberi perhatian kepada anaknya, Muhammad Umar Harith dengan dibantu suami, Mohd. Firdaus Abu Seman, 36, yang mencari rezeki di sebuah kilang.

Katanya, usia anak bongsu dari dua beradik yang menghadapi komplikasi akibat pembedahan dibahagian jantung menyebabkan keadaannya semakin sukar untuk dijaga dan perlu perhatian sepanjang masa.

“Setiap hari saya bersama suami perlu memantau ke­adaan Muhammad Umar Harith kerana dia perlu memakai mesin pernafasan serta mesin sedut kahak yang disewa, malahan waktu malam anaknya itu sukar tidur.

“Anak saya lahir secara normal dan ketika lahir keadaannya tidak menunjukkan sebarang masalah, walaupun ketika me­ngandung doktor memaklumkan anak saya akan menghadapi masalah pada bahagian jantung,” katanya ketika ditemui di Kampung Keda Bagan Sena, Labu Besarung di sini di sini semalam.

Jelasnya, doktor memaklumkan dia perlu menjalani beberapa pembedahan untuk rawatan dan ketika usianya dua minggu anaknya perlu mengambil ubat cair darah serta pembedahan di bahagian paha.

“Pembedahan itu dijalankan di Hospital Pulau Pinang untuk pemasangan stent pada saluran darah yang tersumbat. Bayangkan usianya yang terlalu muda terpaksa melalui pengalaman ini,” jelasnya.

Kekangan keluarga itu sekarang apabila terpaksa menyewa dua mesin itu RM450 sebulan. Purata perbelanjaan yang perlu disediakan untuk menjaga keperluan anaknya kira-kira RM1,000 sebulan.

Katanya, pendapatan suami­nya sekitar RM1,700 selain mempuanyai seorang lagi anak pe­rempuan Norfatin Qalisha, 6, yang kini tinggal bersama ibunya buat sementara waktu.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi ke atas apa yang terjadi kepada anak saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu pasangan suami isteri itu boleh menghubungi di talian 013-481 6693 Mohd Firdaus atau menyalurkan ke akaun CIMB Bank 7020479265 atas Norain Wahab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI