fbpx

Pemandu Myvi terlelap rempuh lima kereta, seorang tercedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kerosakan dialami enam buah kereta di Jalan TTDI Groove 1/2, di sini, Selasa lalu.

KAJANG – Terlelap seketika (microsleep) menyebabkan seorang pemandu merempuh lima kenderaan di dalam kotak parkir di Jalan TTDI Groove 1/2, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 1.02 petang.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku pada pukul 9 pagi semasa pemandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalan balik ke rumah selepas selesai kerja.

“Pekerja penghantar barang berusia 34 tahun itu memaklumkan mengalami ‘Microsleep’ lalu termasuk ke laluan bertentangan dan terlanggar lima buah kenderaan yang diparkir di dalam petak parkir.

“Serpihan kemalangan dari kenderaan terkena pada seorang pekerja pembersihan yang sedang menyapu jalan berhampiran tempat kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zaid, kesemua pemilik kenderaan telah selesai membuat laporan kemalangan manakala lelaki yang tercedera telah dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapat rawatan di Zon kuning.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Terdahulu, tular di TikTok memaparkan lima kenderaan di lokasi kejadian rosak dilanggar sebuah kereta jenis Myvi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI