fbpx

Masih Yuna yang dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALBUM Masih Yuna disifatkan sebagai sebuah perkongsian muzik melankolik dan sesuai untuk mereka yang sedang ‘healing’.

YUNA akhirnya muncul dengan album mini atau ‘extended play’ (EP) berjudul Masih Yuna.

Diskografi tersebut merupakan ‘buah tangan’ berbahasa Melayu pertama Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai selepas kali terakhir berbuat demikian lapan tahun lalu menerusi Material (2015).

Masih Yuna yang terkandung empat buah lagu iaitu Menanti, Masih Sunyi, Asing dan Camaraderie mencetuskan beberapa pemahaman ikut logikal penulis.
Pertama, sememangnya Yuna memang masih Yuna.

Kedua, nuansa yang dicernakan menerusi album berkenaan sememangnya memberikan makna melankolik dan ‘healing’ yang sangat mencetus dampak.

Yuna membuktikan, walaupun sudah lama berkelana di negara Uncle Sam, jiwa Melayunya masih tebal. Tebal yang tidak mampu ditembusi dengan kata-kata nista bahawa dia sudah hilang semangat kemelayuan hanya disebabkan mencari rezeki di Amerika Syarikat.

Menyentuh lebih jauh tentang Masih Yuna, jika ditanya antara keempat-empat lagu, yang mana satu menjadi pilihan hati? Jawapannya ada pada Masih Sunyi.

Lagu ciptaan David Todd Donaldson dan Yuna sendiri itu sangat ‘klasik Yuna’. Membuktikan bahawa beliau tidak pernah berpergiaan melupakan asal usul.

Biar terpisah jarak dengan para peminat Malaysia, itu tidak langsung menggerakkan Yuna daripada templat tau jalur muzik asal.

Trek kegemaran

Masih Sunyi terkandung kelaziman luar biasa yang ‘menikam’ tepat di halwa telinga pendengar.

Secara peribadi, itulah pilihan utama penulis daripada Masih Yuna yang diluncurkan buat tatapan dan pendengaran peminat pada 27 April lalu.

Trek ketiga, Asing mengingatkan penulis akan banyak perkara. Dari segi nukilan lirik, lagu berkenaan memberi peringatan bahawa tiada apa yang perlu diasingkan dalam kehidupan.

Haluan masing-masing, tapi pada akhirnya, kita akan bercantum dan bersama untuk mencipta percikan magis bersama. Baik dari segi kasih sayang ataupun urusan karier.

Trek keempat, Camaraderie pula memberi kelaziman yang barangkali pernah singgah ke halwa telinga peminat sebelum ini.

Kalau dengar introduksi Love On The Brain daripada Rihanna, itu juga kedengaran seperti apa yang dicernakan Yuna menerusi Camaraderie.

Bukan ciplak, namun barangkali inspirasi diambil daripada lagu tersebut memandangkan Yuna sememangnya peminat Rihanna.

Camaraderie juga membuatkan penulis terasa semacam terkandung vibe Radiohead menerusi hit mereka, Creep. Pada bahagian mana, itu perlu dipinjamkan sedikit perhatian mengamati melodi Camaraderie.

Beri makna pelbagai

Kendatipun terbina menerusi empat buah karya, Masih Yuna masih sebuah album yang memberi makna dan rasa pelbagai.

Dalam bahasa harian, memang layan habis dan menderaskan rasa ‘healing’ luar biasa.

Seperti judul trek pertama Menanti, itulah yang dirasai penulis dan segerombolan besar peminat lain. Semua orang menanti album yang lebih luas dan besar kuantitinya.

Yuna sememangnya memiliki tempat istimewa di hati peminat Malaysia. Petualangannya di negara luar untuk beberapa seketika tidak merubah apa-apa pun.

Yuna masih Yuna dan akan tetap menjadi antara perintis selebriti Malaysia yang berjaya membina lauan tersendiri di negara luar. Tahniah buat Masih Yuna, buat anak kelahiran Alor Setar, Kedah dan pasukan yang membikin EP terbabit.

Album Masih Yuna disifatkan sebagai sebuah perkongsian muzik melankolik dan sesuai untuk mereka yang sedang ‘healing’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI