fbpx

Malaysia kekal peranan Indo-Pasifik jadi masa depan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia berazam akan terus mengekalkan status peranan rantau Indo-Pasifik sebagai masa depan masyarakat sejagat yang lebih inklusif dan lestari alam.

Demikian penegasan dibuat Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin pada Forum Menteri-menteri Indo-Pasifik (IPMF) Kesatuan Eropah (EU) di Stockholm, Sweden hari ini.

“Rantau ini yang juga mewakili 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia amat berpotensi menjadi contoh imej masa depan sejagat yang amat baik.

“Indo-Pasifik juga mencerminkan dua pertiga pertumbuhan global yang mampu menjana kemakmuran dunia mendepani isu cabaran tidak menentu akan datang,” katanya ketika berucap mewakili Malaysia di sesi meja bulat bertemakan Membina Kemakmuran Lebih Mampan dan Inklusif Bersama.

Menerusi kenyataan Wisma Putra, Mohamad kini berada di ibu kota Sweden sehingga esok dengan pelbagai acara padat bersempena lawatan kerja ke sana.

IPMF merupakan inisiatif EU meningkatkan kerjasama dan dialog blok itu dengan rantau Lautan Pasifik yang dibentuk pada 2021 lalu yang melibatkan penyertaan 60 buah negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI