fbpx

Lelaki keluar memukat ikan hilang dipercayai dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat masih menerusi SAR bagi mencari seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di pesisir pantai Kampung Makuau, Tungku malam tadi.

LAHAD DATU – Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di pesisir pantai Kampung Makuau, Tungku malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Rusbin Asri, 40, dikatakan menjalankan aktiviti memukat ikan di kawasan pantai terbabit seorang diri.

Bagaimanapun, kejadian disedari oleh orang kampung yang ternampak mangsa berada di atas bot dan dibaham buaya manakala bot dinaikinya terbalik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.28 malam.

“Sepasukan anggota bomba bersama agensi keselamatan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.

“Kejadian membabitkan seorang mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti memukat di pesisir pantai berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan sebaik tiba di lokasi kejadian namun mangsa belum ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Sumsoa berkata, SAR sudah memasuki hari kedua hari ini dan pasukan bomba bergerak ke lokasi kejadian pada pukul 9.34 pagi bagi meneruskan operasi pencarian.

“Operasi SAR memasuki hari kedua yang turut dibantu bersama agensi lain dijalankan di sekitar pesisir pantai dan setakat ini mangsa belum ditemui,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI