SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-20 anak sulung mereka, Ahmad Ariq Hanania yang sedang menuntut di luar negara, pasangan selebriti, Johan Raja Lawak dan Ozlynn Waty membuat lawatan kejutan di Dublin, Ireland baru-baru ini.
Momen kejutan menyaksikan suasana sebak tiga beranak itu yang saling mengalirkan air mata selepas sekian lama tidak bertemu dan menahan rindu.
Menurut Ozlynn, dia dan suami akan terus menghargai anak-anak mereka selagi masih bernyawa.
“Selagi ada, kita hargailah pinjaman paling berharga dari-Nya. Kejutan untuk Abang Ariq menjadi. Papa, mama dan adik-adik Hanania ‘love you’,” tulisnya dalam ruangan kapsyen video tular itu.
Video berdurasi hampir tiga minit tersebut meruntun hati netizen termasuk rakan-rakan selebriti.
“Aku nak menangis tengok video ini. Macam mana ni?” komen Zizan Razak.
“Pagi-pagi sudah buat orang menangis,” kata Amyra Rosli.