fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Jun Hao intai slot separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leong Jun Hao menjadi sandaran negara pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini. Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengambil langkah berjaga-jaga apabila dijadualkan bertemu dengan wakil Filipina, Jewel Angelo Albo di peringkat suku akhir Sukan SEA Kemboja 2023 esok.

Menurut Jun Hao, tiada jalan mudah yang boleh diambil meskipun di atas kertas, kelebihan memihak kepadanya berdasarkan status selaku pilihan ketiga kejohanan.

“Untuk kemenangan hari ini (semalam), walaupun agak susah, saya berjaya untuk mengatasinya, dan harap ia sebagai permulaan yang baik untuk baki perlawanan seterusnya.

“Saya tidak pernah menentang pemain Filipina itu (Albo), mungkin balik ke bilik nanti saya perlu membuat analisa dengan jurulatih, melihat rakaman video gaya permainannya.

“Memang saya pemain pilihan di kejohanan ini, tetapi setiap pemain bertanding mesti ada niat untuk menang dan membuat persiapan yang terbaik,” kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Jun Hao menewaskan pemain Singapura, Joel Koh Jia Wei pada pusingan kedua dengan keputusan 23-21, 21-14 dalam aksi yang berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI