fbpx

Gandingan F-B-A jadi taruhan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON kembali memperkuatkan jentera serangan JDT berdepan Kelantan United malam ini.

TEMPOH rehat hampir sebulan beri ruang mencukupi buat Johor Darul Ta’zim (JDT) perbaiki kualiti permainan bagi hadapi Kelantan United di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Memandangkan lawannya adalah pasukan tercorot Liga Super, Harimau Selatan dijangka sekali lagi berdepan pendekatan ‘parking bas’ seperti yang dilalui semasa tewaskan PDRM FC, 19 April lalu.

Kehadiran semula Bergson Da Silva dengan prestasi terbaik membolehkan pengendali pasukan, Esteban Solari merencana taruhan ‘F-B-A’ bersama dua lagi bintang di jentera depan, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi.

Mengisi di posisi tengah, Natxo Insa berkemungkinan akan kembali perkuatkan pasukan untuk digandingkan bersama Juan Muniz dan Leandro Velazquez malah kualiti pertahanan yang diketuai Jordi Amat juga beri kelebihan buat JDT untuk cuba tamatkan perlawanan tanpa bolos.

Di kem Kelantan United, kelab Pantai Timur itu sedar ujian berganda menanti mereka untuk berdepan Harimau Selatan yang disifatkan sebagai kelab serba lengkap.

“Habis sahaja daripada berehat, kita terus akan berdepan perlawanan sukar dan kami sedar jurang yang ada antara JDT dan Kelantan United. Sudah tentu tekanan itu agak tinggi.

“Yang penting adalah bagaimana pemain mempersiapkan diri terutamanya dari segi mental dan fizikal,” kata pertahanan Kelantan United, Ariff Ar-Rasyid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI