fbpx

Fasa pertama agihan Bakul Rahmah selesai bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kanan) melancarkan pelepasan Lori Rahmah di UNISZA, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Pengagihan fasa pertama Bakul Rahmah bernilai keseluruhan RM13 juta dijangka selesai sepenuhnya pada bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pengagihan itu melibatkan baki 50,000 ketua isi rumah (KIR) di seluruh negara.

“Setakat ini lebih 80,000 KIR di seluruh negara sudah menerima inisiatif ll tersebut sejak 27 Februari lalu. Fasa kedua dan ketiga Bakul Rahmah akan diteruskan lagi untuk manfaat golongan sasaran selepas bulan Jun.

“Inisiatif tersebut bertujuan membantu golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan mendepani kos sara hidup,” katanya selepas menyempurnakan pelepasan Lori Rahmah peringkat Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Salahuddin berkata, Lori Rahmah terbabit membawa 1,600 Bakul Rahmah yang akan diagihkan kepada golongan miskin tegar sekitar daerah ini dan Kuala Nerus.

Belia berkata, empat inisiatif di bawah Program Payung Rahmah iaitu Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Kafe Rahmah dan Menu Rahmah mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa diskriminasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI