fbpx

Cuaca baik di seluruh negara kecuali Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di seluruh negara kecuali beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa ibu negerinya iaitu Kuching, sekitar Bau dan Kuching.

Seterusnya, hujan lebat diramal di sekitar Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI