fbpx

Cinta hangat atlet, bintang popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barisan selebriti antarabangsa yang menjalin cinta dengan atlet terkemuka.

INDUSTRI hiburan dan bola sepak dunia pernah dihangatkan dengan berita kegagalan aktres Sepanyol, Hiba Abouk menuntut separuh harta bekas suaminya, yang merupakan pemain kelab bola sepak Perancis, PSG, Achraf Hakimi.

Hal ini kerana, bintang bola sepak berusia 24 tahun itu tidak mempunyai sebarang harta, termasuklah 80 peratus daripada gajinya telah didaftarkan bawah nama ibunya yang dikenali sebagai Fatima.

Sungguhpun banyak ‘drama’, realitinya ramai selebriti terkenal mendambakan cinta dan pernah menjalinkan hubungan bersama atlet ternama dunia.

Selain ketampanan wajah, kekayaan dan populariti yang seiring dengan dunia glamor antara faktor mengapa ramai selebriti mudah jatuh hati dengan atlet.

Gala menyenaraikan beberapa selebriti popular yang ada hubungan dengan atlet terkenal.

Carrie Underwood – Mike Fisher

Carrie Underwood – Mike Fisher

Penyanyi Carrie Underwood bertemu buat pertama kali dengan suaminya, Mike Fisher, seorang pemain hoki asal Kanada di belakang pentas salah sebuah konsertnya.

Pasangan ini berkahwin pada 2010 dan kini memiliki dua orang anak iaitu Isaiah Michael Fisher, 8, serta Jacob Bryan Fisher, 4.

Jessica Simpson – Eric Johnson

Jessica Simpson – Eric Johnson

Selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nick Lachey, anggota kumpulan 98 Degrees, penyanyi Jessica Simpson berkahwin dengan pemain Bola Sepak Amerika (NFL) Eric Johnson pada 2014.

Kini, pasangan ini mempunyai tiga orang anak bersama iaitu Birdie Mae Johnson, Maxwell Drew Johnson dan Ace Knute Johnson.

Victoria – David Beckham

Victoria – David Beckham

Penyanyi Spice Girls, Victoria membuktikan cintanya bersama bekas pemain bola sepak terkenal David Beckham adalah cinta sejati apabila masih bertahan dan kekal bahagia selama 24 tahun.

Biarpun perkahwinan mereka pernah dilanda badai apabila suaminya dilaporkan curang, Victoria masih bertahan dan bahagia bersama empat cahaya matanya.

Kata Victoria, suaminya adalah cinta pandang pertama. Kini, Victoria juga dikenali sebagai seorang pereka fesyen.

Shakira – Gerard Pique

Shakira – Gerard Pique

HUBUNGAn penyanyi terkenal Shakira bersama bekas pemain bola sepak Bercelona bermula apabila bertemu buat kali pertama di set penggambaran video muzik lagu tema Piala Dunia 2020, Waka Waka.

Meskipun dilaporkan tidak pernah berkahwin secara rasmi, pasangan itu telah bersama selama 11 tahun dan memiliki dua cahaya mata bersama.

Namun, mereka berpisah selepas Gerard didapati curang dan Shakira turut membalas dendam menerusi lagu, Te Felicito.

Gisele Bundchen – Tom Brady

Gisele Bundchen – Tom Brady

Model terkenal Brazil, Gisele Bundchen berkahwin dengan pemain bola sepak Amerika (NFL), Tom Brady pada 2009 selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Bagaimanapun, selepas 13 tahun bersama dan memiliki dua orang anak, pasangan popular itu akhirnya memilih untuk bercerai.

Antara punca perpisahan mereka menurut model Victoria Secret itu, Tom terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga kurang masa di rumah selain mereka kini mahukan perkara yang berbeza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI