fbpx

Budak lelaki tahan azab 30 minit tangan tersepit rantai motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak itu.

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selama 30 minit selepas tangan kirinya tersepit pada rantai motosikal berdekatan Balai Raya Sungai Terap, Tanjong Karang di sini, semalam.

Mangsa berusia 11 tahun itu juga koyak pada kulit dan isi siku kirinya akibat kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku apabila jaket dipakai mangsa tersangkut pada rantai tersebut ketika membonceng motosikal ditunggang ibunya.

Menurutnya, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.21 pagi.

“Operasi menyelamatkan mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa mengalami cedera terkoyak kulit dan isi di bahagian siku dan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut,” jelasnya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI