fbpx

Bayi 7 bulan lebam didera pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Bayi lelaki berusia tujuh bulan yang mempunyai beberapa kesan lebam di badan dipercayai telah didera oleh pengasuh dalam kejadian di Taman Universiti, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner M.S Balveer Singh berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada pukul 3.40 pagi, semalam memaklumkan anaknya telah didera oleh wanita berusia 34 tahun.

Beliau berkata, pada Khamis lalu, ibu mangsa bersama suami telah membawa mangsa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat beberapa kesan lebam di tubuh badan mangsa. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditahan di hospital terbabit untuk pemerhatian.

“Susulan laporan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan suspek yang dipercayai pengasuh kepada mangsa tersebut di rumahnya di sekitar Taman Universiti pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata, siasatan awal polis mendapati suspek menafikan telah mendera mangsa.

Katanya, suspek telah ditahan untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai siasatan awal dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Suspek tersebut pernah dituduh di bawah kes yang sama  membabitkan penderaan seorang kanak-kanak lain pada 2021 dan kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI