fbpx

Batu karang bentuk halia ditemui dalam badan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuji menunjukkan seketul batu karang berbentuk seperti halia. - TikTok

JAKARTA – Seorang petugas kesihatan di Indonesia mendedahkan penemuan seketul batu berbentuk halia selepas membedah seorang pesakit, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik oleh Fuji Harto Ramud dalam akaun TikToknya, @fujiassahar.

“Seorang pesakit wanita berusia 45 tahun mengadu mengalami sakit pinggang lebih dua tahun. Pengakhirannya mengejutkan saya,” demikian kapsyen pada klip video tersebut.

Menurut Fuji, wanita itu mengalami penyakit batu karang disebabkan tabiatnya yang jarang minum air dan kerap menahan membuang air kecil.

“Pesakit bekerja dalam bilik berhawa dingin. Ketika bekerja, dia sering duduk selama berjam-jam. Ini menyebabkan dia jarang minum air kerana malas berulang alik ke bilik air.

“Dia ketagih minum air tin, kerap makan makanan laut, suka benda masin dan manis. Lebih teruk apabila dia suka menahan kencing terlalu lama,” kata Fuji.

Fuji menunjukkan seketul batu karang berbentuk halia selepas pembedahan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI