fbpx

Anjing gembala terkam, gigit ‘lato-lato’ polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR anjing gergasi Caucasian menggigit kemaluan seorang anggota polis di Glasgow pada 11 Jun tahun lalu. - Foto GettyImages/iStockphoto

LONDON – Seekor anjing gergasi yang dipelihara untuk melindungi haiwan ternakan daripada diserang binatang buas bertindak menggigit kemaluan seorang anggota polis, lapor portal berita Daily Star semalam.

Anggota polis itu, Andy Brand mengalami kesakitan teramat apabila anjing gembala baka Caucasian itu  membenamkan gigi pada kemaluannya dalam kes yang didengar di Mahkamah Syerif Glasgow, Scotland baru-baru ini.

Anjing peliharaan Ridwan Islam berusia tiga tahun itu menerkam kemaluan anggota polis berkenaan pada 11 Jun 2022 di pusat bandar Glasgow. Dia kemudian dijatuhi hukuman denda  £270 (RM1,499).

Anggota polis tersebut diberikan suntikan tetanus dan antibiotik, manakala Ridwan mengaku bersalah kerana gagal mengawal anjing peliharaannya.

Peguam tertuduh, Haroun Malik meminta mahkamah tidak  menghapuskan anjing itu dan berkata: “Ridwan kesal dan meminta saya menelefon anggota polis itu dan meminta maaf.”

“Dia  sedar ia perkara serius kerana anjing itu tidak berada di bawah kawalannya. Ini adalah kejadian terpencil.

“Anak guam saya sanggup bertanggungjawab dan menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh mahkamah,” kata Haroun – Agensi

 

.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN