fbpx

Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama pengunjung di Majlis Sambutan Raya Aidilfitri Malaysia Madani, di Dataran Merdeka, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat pelbagai latar belakang agama dan kaum serta pelancong dari luar negara membanjiri Dataran Merdeka, di sini hari ini bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Malaysia Madani.

Biarpun majlis tersebut bermula pukul 10 pagi, pengunjung ada yang tiba seawal pukul 8 pagi serta menikmati pelbagai juadah di 120 gerai dengan konsep ‘first come, first served’.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pukul 11 pagi dan seterusnya, beliau beramah mesra bersalaman dengan pengunjung selain ada yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama beliau.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama gabungan masjid dan surau Jumaat serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Sebanyak 120 masjid dan surau Jumaat mengambil bahagian termasuk dari Putrajaya dan Labuan serta beberapa rakan strategik yang lain dengan sasaran kehadiran 20,000 pengunjung.

Majlis tamat sekitar pukul 12 tengah hari dan Perdana Menteri kemudian meninggalkan lokasi penganjuran pukul 12.17 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI