PHNOM PENH – Pelari pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafipingat gangsa acara tumpuan 100 meter (m) lelaki di Stadium Nasional Morodok Techo sebentar tadi.
Haiqal menamatkan saingan di kedudukan ketiga selepas merekodkan catatan masa 10.45 saat dengan seorang lagi wakil negara, Khairul Hafiz Jantan terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.
Gelaran ‘raja pecut’ Asia Tenggara sah milik pelari Thailand, Soraoat Dabpang yang merekodkan masa 10.37s mengatasi jaguh Singapura, Marc Brian Louis di yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan masa 10.39s. – KOSMO! ONLINE