fbpx

Tiada pelancong mahu naik River Cruise Teluk Intan ketika kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRUL HAKIM menanti pelancong di dalam bot dikendalikannya di River Cruise Teluk Intan semalam.

TELUK INTAN – Pengusaha-pengusaha bot pelancong di River Cruise Teluk Intan di Sungai Perak di sini mengalami kerugian gara-gara musim panas yang menyebabkan tiada pelancong mengunjungi lokasi pelancongan tersebut.

Seorang pengusaha bot, Muhammad Sahril Mustafa berkata, cuaca panas itu menyebabkan orang ramai lebih rela melancong ke lokasi yang sejuk berbanding menaiki bot di sungai berkenaan.

“Mereka menyatakan suhu adalah panas ketika menaiki bot pada waktu siang, sekali gus menjadi punca kami mengalami kerugian ketika ini.

“Jadi, rata-rata mereka lebih selesa meluangkan masa bercuti di pusat beli-belah yang ternyata lebih sejuk berbanding menjelajahi kawasan sungai ini,” katanya kepada di sini semalam.

Pada masa sama, Muhammad Sahril berkata, musim perayaan yang disambut baru-baru ini juga menyebabkan orang ramai tidak melancong ke River Cruise Teluk Intan.

Katanya, faktor harga bara­ngan yang semakin meningkat turut menjadi punca mereka berhadapan masalah itu kerana orang ramai lebih berjimat-cermat ketika ini.

“Sebelum ini kami turut me­nerima pelancong dari luar negara seperti Singapura, Australia, Singapura dan China, namun kini mereka juga sudah tidak kelihatan.

“Dahulu bot kami boleh membawa pelancong menelusuri Su­ngai Perak di sini antara tiga hingga enam kali sehari, namun kini tidak lagi, sekali gus menjejaskan pendapatan pengusaha bot terlibat,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu bot, Shahrul Hakim Mohamad Salleh berkata, ada pelancong yang mulanya mahu menggunakan perkhidmatan mereka, namun membatalkan niat tersebut apabila berasa panas sebaik menaiki bot.

“Dengan ketiadaan pelancong ketika ini, saya banyak terme­nung sahaja. Syukurlah gaji masih lagi dibayar seperti biasa, namun tiada keseronokan bekerja kerana langsung tiada pelanggan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI