fbpx

Tandas sudah siap, paip pula tiada air di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslina menunjukkan sinki yang tidak mengeluarkan air di tandas awam Pasar Besar Gua Musang di Bandar Baru, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 100 peniaga di Pasar Besar Gua Musang di Bandar Baru di sini berdepan masalah ketiadaan bekalan air di tandas awam yang terletak di dalam pasar berkenaan sejak setahun lalu.

Peniaga mendakwa, masalah itu sudah lama berlarutan dan tiada penyelesaian dilakukan pihak berwajib.

Seorang peniaga, Roslina Dollah, 42, berkata , masalah itu menyebabkan peniaga sukar untuk pergi ke tandas dan terpaksa memunggah air dari luar sebelum menggunakan tandas.

Katanya, masalah itu turut menyukarkan urusan pelanggan yang ingin menggunakan tandas berkenaan.

“Pada musim cuti perayaan Aidilfitri yang lalu, pasar ini menerima kunjungan ramai perantau. Kebanyakan daripada mereka kecewa apabila tiada air semasa ingin menggunakan tandas.

“Oleh itu, salah seorang peniaga di sini ambil inisiatif menadah air dari luar untuk kegunaan peniaga gunakan tandas dan kami terpaksa berkongsi wang untuk membayar bil air setiap bulan,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Gua Musang di sini semalam.

Roslina yang juga peniaga barangan basah di pasar itu sejak lebih 10 tahun lalu berharap masalah terbabit dapat diselesaikan secepat mungkin.

Seorang peniaga kuih, Zalina Abdul Rahman, 41, berkata, dia terpaksa menggunakan tandas di stesen minyak yang jaraknya lebih 200 meter dari pasar itu.

“Bila lah nak ada air tandas itu, tolonglah bantu kami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI