fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Taekwondo berjaya tambah dua pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Humaira mempamerkan aksi dominan untuk menang acara poomsae individu wanita di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Pasukan taekwondo negara berjaya menyumbangkan dua pingat emas menerusi acara poomsae individu wanita dan poomsae berpasukan campuran pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.

Bagi saingan individu, Nur Humaira Abdul Karim berjaya meraih 7.430 mata untuk menewaskan Diyanah Aqidah Muhammad Dian dari Singapura di kedudukan kedua dan wakil tuan rumah, Mang Kanithyda di tempat ketiga.

Kemudian, kakak kepada Nur Humaira, Nurul Hidayah bersama gandingannya, Jason Loo pula menyumbangkan pingat emas hasil penentuan tie-break untuk menewaskan Vietnam dengan pingat perak dan Filipina (gangsa).

Nur Humaira mengakui sangat terkejut apabila dapat menyumbangkan pingat khususnya pada acara individu kerana sasaran saya adalah saingan berpasukan wanita.

“Mungkin ini adalah rezeki saya kerana saya tidak jangka untuk meraih emas dalam kategori ini, tetapi jurulatih memberikan keyakinan bahawa saya boleh lakukannya kerana peluang cukup cerah.

“Malah, persiapan cukup rapi yang kita lakukan apabila berkampung di Korea Selatan sejak sebulan lepas sebelum ke Sukan SEA Kemboja 2023 membuahkan hasil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI