fbpx

Pesohor media klon diri sendiri tawar khidmat teman wanita maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marjorie dibantu sekumpulan pereka AI untuk mencipta klon dirinya berdasarkan video YouTube wanita itu. - Caryn Marjorie

LONDON – Seorang pesohor media sosial mencipta klon dirinya sendiri untuk menawarkan khidmat teman wanita secara maya kepada pelanggan dengan bayaran serendah AS$1 (RM4) untuk satu minit, lapor portal berita MailOnline semalam.

Caryn Marjorie, 23, mencipta klon dirinya sendiri menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) supaya dapat membantunya berinteraksi dengan 1.8 juta peminat.

Klon dinamakan Caryn AI itu memiliki ciri-ciri Marjorie. Ia menampilkan suara, keanggunan dan tingkah lakunya sehingga orang ramai berasa seperti bercakap dengan Majorie yang sebenar.

Setakat ini, pelanggan perlu menyertai senarai menunggu selama 26 jam untuk mengakses klon itu dengan lebih 5,000 ahli telah mendaftar.

“Saya bebas menetapkan harga produk berapa sahaja yang saya mahu apabila menjadi pesohor media sosial pertama yang melakukannya. 

“Pada harga AS$1 (RM4) seminit, saya dapati ia menarik tumpuan peminat,” katanya.

Pereka-pereka AI mengambil masa lebih 2,000 jam untuk mencipta CarynAI yang sedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk memenuhi keseronokan pelanggan.

Pelancaran CarynAI dibuat ketika banyak gergasi teknologi melancarkan chatbot mirip manusia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI