fbpx

NATO mahu bertapak di rantau Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: Hayashi (kiri) berjabat tangan dengan Setiausaha Agung NATO, Stoltenberg ketika sidang akhbar semasa mesyuarat Menteri-Menteri Luar NATO di Brussels, Belgium pada 4 April lalu. – AFP

TOKYO – Tokyo dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan rundingan bagi membolehkan NATO membuka pejabat perhubungan di Jepun sekali gus yang pertama seum­pamanya di benua Asia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi dalam satu temu bual eksklusif bersama CNN berkata, pencerobohan Russia ke atas Ukraine menjadikan dunia kini tidak stabil.

“Kami sedang berbincang, namun butiran lanjut belum dimuktamadkan,” katanya kelmarin, seminggu menjelang sidang kemuncak negara-negara maju Kumpulan Tujuh (G7) yang dipengerusikan Jepun di Hiroshima.

Hayashi secara spesifik memetik perang di Ukraine sebagai peristiwa yang mana impaknya melangkaui sempadan Eropah dan memaksa Jepun memikirkan semula keselamatan serantau.

“Sesuatu yang berlaku di Eropah Timur (perang Ukraine) bukan sahaja membabitkan rantau berkenaan, bahkan ia memberi kesan langsung kepada ­situasi di rantau Pasifik.

“Oleh kerana itu, kerjasama antara Asia Timur dan NATO menjadi semakin penting,” jelasnya.

Tambah Hayashi, Jepun bukan anggota pakatan NATO, namun langkah tersebut memberi isyarat kerjasama rapat rakan-rakan blok tentera berkenaan di Asia Pasifik.

Pembukaan pejabat perhubungan NATO di Jepun sekiranya diluluskan, merupakan perkembangan penting kepada sekutu Barat tersebut di tengah-tengah krisis geopolitik. Langkah tersebut bagaimanapun mengundang kritikan dan kemarahan Beijing.

“Benua Asia adalah lokasi terbaik bagi melaksanakan kerjasama dan pusat pembangunan keamanan. Ia tidak wajar menjadi platform kepada sesiapa yang mahu memulakan konfrontasi geopolitik.

“Tindakan NATO yang mendesak dan mencampuri hal ehwal rantau Pasifik akan menjejaskan keamanan serta kestabilan rantau ini,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.

NATO mempunyai pejabat perhubungan di beberapa negara lain termasuk Ukraine dan Austria. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI