fbpx

Murid meninggal dunia di Klang bukan akibat strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan maklumat tular seorang murid sebuah sekolah di Klang dekat sini meninggal dunia akibat strok haba.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kanak-kanak itu mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit birit selepas makan malam pada hari sebelumnya.

“Pada keesokan harinya, murid itu dibawa ke klinik kesihatan di Klang dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa kritikal dan didiagnosis sebagai  Acute Gastroenteritis With Complication.

“Rawatan sewajarnya telah diberikan sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun kanak-kanak itu meninggal dunia. Mangsa tidak mengalami strok haba seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sha’ari memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan gejala cirit-birit dan muntah.

Beliau menjelaskan, gejala cirit-birit dan muntah yang tidak terkawal berpotensi menyebabkan situasi dehidrasi terutama ketika cuaca panas ketika ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp berhubung kematian pertama akibat strok haba di Selangor melibatkan murid sebuah sekolah di Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI