fbpx

Mahkamah: Pengurusan kes status representasi Ahmad Zahid 28 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai ini bagi pengurusan kes berhubung status representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggugurkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh baharu pengurusan kes itu sementara menunggu Jabatan Peguam Negara (AGC) mempertimbang representasi Ahmad Zahid untuk menggugurkan rayuan pihak pendakwaan.

Ahmad Zahid mengemukakan representasi pada Januari lalu memohon AGC menarik balik rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 26 September 2022 terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri daripada semua pertuduhan.

Presiden UMNO itu didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Beliau juga didakwa atas 33 pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, iaitu beliau didakwa atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 dan 2017.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI