fbpx

Liputan kempen pilihan raya akan dibuat sama rata – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kanan) menyampaikan bakul makanan kepada penerima pada Majlis Agihan Bakul Makanan di PPR di Jalan Kelochor, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti dan akan mengadakan mesyuarat mengenai akses berkaitan kempen termasuk liputan berita kepada parti pembangkang semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang arahan tepat mengenai perkara tersebut dan ia masih belum diangkat dalam perbincangan di peringkat jemaah menteri.

“Dalam prinsip demokrasi, rakyat berhak mendapat maklumat. Jadi, kita akan teliti dan mengambil kira kesesuaian selain ekspektasi perkara yang rakyat inginkan.

“Perkara ini bukan sahaja terpakai untuk PRN, tetapi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) juga. Saya lihat terdapat beberapa perkara perlu diambil kira seperti hari pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Bakul Makanan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kelochor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, KKD juga akan memastikan liputan mengenai kempen pilihan raya tersebut akan dibuat sama rata.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melaporkan berita yang tidak sahih di media sosial yang menyentuh sentimen perkauman dan institusi diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI