fbpx

Lelaki maut nahas motosikal rempuh belakang trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi nahas sebuah motosikal dan dua buah kenderaan di Kilometer 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Gua Musang, semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap sebelum tercampak dan dilanggar sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Muhamad Alham Ismail, 27, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 gagal mengawal motosikalnya semasa tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah trak pikap jenis Isuzu DMax yang berhenti di sekatan jalan raya.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Persona yang datang dari arah tersebut.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang, di sini, dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI