fbpx

Kerajaan cari dana bantu projek bekalan air di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) disambut orang ramai ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengemukakan cadangan bagi melaksanakan projek bekalan air yang lengkap dan cepat untuk membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kelantan sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dapat dilaksanakan sekiranya ada kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.

“Saya tidak fikir banyak. Selepas lebih 60 tahun merdeka, kita boleh lihat isu air menjadi masalah politik yang tidak berkesudahan dan membebankan rakyat.

“Oleh yang demikian, kita (kerajaan) akan mencari dana (untuk projek air) dan penyelesaian kaedah yang betul dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri Kelantan berhubung perkara itu.

Menurutnya, sekiranya kerajaan negeri memberi kerjasama, pihaknya akan cuba melaksanakan projem bekalan air yang lengkap dan cepat secara keseluruhan.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata Belanjawan 2023 Malaysia Madani mencatatkan peruntukan pembangunan terbesar buat negeri Kelantan termasuk 107 projek baharu yang bakal dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI