fbpx

Ji-hyun bayar RM44 juta tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN JI-HYUN

Umum sedia maklum bahawa Jun Ji-hyun merupakan antara selebriti terkaya Korea Selatan.Terbaharu, laporan media kewangan pada 10 Mei lalu melaporkan bintang Legend Of The Blue Sea itu membeli sebuah apartmen ‘penthouse’ mewah di Acro Seoul Forest, Seongsu-dong 1-ga, pada harga sekitar RM44 juta pada September 2022.

Apartmen di tingkat 47 berkeluasan 264 meter persegi. di Acro Seoul Forest itu dikatakan hartanah paling mahal di Seol untuk tahun 2022.

Menariknya, Ji-hyun membeli kediaman berkenaan bersama suaminya, Choi Jun-hyuk dengan transaksi penuh yang dibayar secara tunai.

Ji-Hyun memiliki 12/13 harta itu, manakala suaminya Choi Jun-hyuk memiliki 1/13.

Bintang Jirisan itu juga memiliki pelbagai hartanah di Seoul, termasuk sebuah kondominium i-Samsung-dong I’PARK, yang dibelinya pada 2005.

Pada 2007, dia pernah membeli sebuah pasar raya bernilai RM55 juta. Dia juga memiliki tiga hartanah lain, termasuk bangunan dua tingkat di Yongsan-gu Ichon -dong, sebuah bangunan lima tingkat di Gangnam dan bangunan tiga tingkat di Gangseo-gu Deungchon-dong serta sebuah gudang simpanan peralatan elektronik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI