fbpx

Isteri lapor polis kali kedua suami menikah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang isteri, Eli Eka Handayani (kiri) membuat laporan polis buat kali kedua terhadap suaminya yang kahwin lain secara diam-diam di Balai Polis Jambi semalam. - Foto Kumparan

JAKARTA, Indonesia – Seorang isteri, Eli Eka Handayani membuat laporan polis di Jambi kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya berkahwin lain secara senyap, lapor portal berita Merdeka.com semalam. 

Eli, 51, berkata, suaminya yang bekerja sebagai pelaut di sebuah syarikat perkapalan, berkahwin buat kali kedua dengan seorang guru wanita di daerah Batanghari, Jambi.

Dia membuat laporan polis buat kali pertama terhadap suaminya kira-kira setahun lalu tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan, katanya kepada portal berita Merdeka.com.

Eli membuat keputusan untuk membuat laporan kali kedua selepas suaminya mengaku ketika dirawat di sebuah hospital Lampung bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang lagi wanita dan mereka mempunyai seorang anak.

Kata Eli, gaji suaminya itu juga diberikan kepada isteri keduanya.

Menurut peguam Eli, anak guamnya itu telah membuat laporan polis pada Februari 2022 terhadap suaminya yang kini suspek dalam kes tersebut.

Namun, setakat ini, keberadaan suami Eli masih lagi tidak diketahui. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI