fbpx

Inflasi negara terus catat penurunan, 3.6 peratus suku pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2023 Malaysia menunjukkan penurunan kepada 3.6 peratus berbanding 3.9 peratus pada suku keempat 2022.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, faktor utama menyebabkan penurunan itu adalah disebabkan oleh inflasi teras yang sederhana dan harga minyak RON97 pada kadar lebih rendah.

“Pengurangan inflasi teras pada 3.9 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 4.2 peratus pada suku keempat 2022 sebahagian besarnya disumbangkan oleh perkhidmatan terpilih termasuklah perkhidmatan telefon dan telefaks, makanan di luar rumah serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian,” katanya.

Nor Shamsiah ketika bercakap pada sidang akhbar pengeluaran statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Suku Tahun Pertama 2023 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto FAIZ ALIF ZUBIR

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengeluaran statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Suku Tahun Pertama 2023 di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, inflasi teras bagi tahun 2023 dijangka menjadi sederhana namun kekal melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini.

“Inflasi yang sederhana ini mencerminkan faktor kos global yang lebih rendah berikutan gangguan rantaian bekalan yang semakin reda dan harga komoditi yang lebih rendah,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan inflasi teras akan kekal pada paras tinggi didorong oleh permintaan yang kukuh.

Ujarnya, kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian kesan kenaikan tekanan inflasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI