NEW YORK – Polis bandar raya New York mendakwa seorang gelandangan dengan jenayah kebencian kerana membuang air besar pada bendera golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di sebuah restoran kelmarin, lapor portal berita Washington Times.
Fred Innocent turut menggunakan sehelai bendera LGBTQ lain untuk mengelap punggungnya selepas membuang air besar.
Innocent dituduh mengambil dua bendera dari meja di meja makan Buceo 95, Upper West Side pada 15 April lalu dan membuang air besar di atas salah satu daripadanya, demikian menurut pihak berkuasa.
Insiden dirakamkan oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) restoran itu.
Innocent, 45, turut didakwa atas kesalahan pecah rumah dan pencerobohan jenayah.
“Ini adalah jenayah kebencian total. Dia masuk dalam tempoh 15 minit selepas kami membuka restoran,” kata pemilik restoran itu, Courtney Barroll kepada portal berita New York Daily News. – Agensi