fbpx

Enam pelajar tahfiz lapor polis didera seksual, fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Enam pelajar tahfiz tampil membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual dan fizikal oleh pengetua serta warden pusat pendidikan agama itu di Tanjung Minyak di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah berkata, laporan polis dibuat oleh mangsa yang berumur antara 13 hingga 15 tahun pada pukul 6.29 petang sehingga 9.13 malam di Balai Polis Batang Tiga.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan polis menahan suspek pertama iaitu pengetua yang juga pengasas pusat tahfiz berkenaan berusia 40 tahun dan warden 36 tahun di institusi tersebut pada pukul 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari tadi.

“Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dekat sini dan sebuah lagi di Alor Gajah serta di kondominium di Klebang.

“Dalam kes ini, tiga orang pelajar telah didera secara seksual oleh pengasas tahfiz berkenaan, manakala tiga lagi dipukul dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh warden yang juga adik suspek pertama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan adalah adik-beradik dan merupakan warga Singapura.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiga mangsa memaklumkan mereka telah dipukul oleh suspek kedua hanya kerana lambat menyiapkan tugasan disuruh termasuk membersihkan ruang tahfiz berkenaan.

“Hasil soal siasat, kejadian itu didakwa telah lama berlaku di pusat tersebut dan kali terakhir mereka didera secara seksual dan fizikal adalah pada 7 Mei lalu.

“Suspek pertama sebelum ini pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii pada 2019.

“Adiknya bagaimanapun tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Katanya, pihak polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI