fbpx

Cuaca panas terik, cecah 37 darjah Celsius di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca panas di sekitar rantau negara lebih tertumpu di negeri-negeri utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

MetMalaysia menerusi laporan di YouTube tadi memberitahu, keadaan cuaca dilihat masih lagi panas terik terutama di empat negeri tersebut dengan suhu maksimum yang direkodkan semalam, sekitar 37 darjah Celsius.

“Oleh itu, orang ramai di sekitar utara Semenanjung ini dinasihatkan berwaspada berikutan keadaan atmosfera di kawasan berkenaan dilihat sangat stabil mengakibatkan hujan yang sangat kurang dan hampir tiada hujan di kawasan terbabit.

“Keadaan ini dijangka berterusan selama dua hingga tiga hari akan datang,” katanya.

MetMalaysia turut menasihatkan penduduk sekitar untuk memperbanyakkan minum air serta mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya pada waktu tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI