PETALING JAYA – Orang ramai disaran untuk kekal berlindung di dalam bangunan dan menjauhkan diri daripada objek berat ketika berhadapan dengan situasi gempa bumi.
Menerusi hantaran Facebook oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), walaupun negara Malaysia tidak terletak dalam kawasan aktif seismik ataupun Lingkaran Api Pasifik, namun langkah berjaga-jaga harus diambil setiap individu.situasi
“Persediaan menghadapi bencana alam seperti gempa bumi boleh dilaksanakan sebagai langkah untuk berjaga-jaga,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan NADMA turut berkongsi poster berkenaan langkah proaktif sekiranya terperangkap di dalam banggunan semasa gempa bumi.
“Kekal berlindung di dalam banggunan seperti di bawah meja atau bangku yang teguh serta jauhkan diri daripada objek berat yang boleh jatuh seperti tingkap,” kongsinya.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api kerana berkemungkinan terdapat kebocoran gas dan sentiasa capai sesuatu seperti kot untuk melindungi kepala. – KOSMO! ONLINE