PHNOM PENH – Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min menepati ramalan apabila meraih pingat emas kedua peribadinya pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas menjuarai acara gabungan Nandou – Nangun wanita pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.
Cheong Min yang juga olahragawati Kebangsaan 2019/2020 berjaya menewaskan wakil Myanmar, Aye Thitsar Myint yang meraih perak dengan jaguh Vietnam, Thi Tu Binh Phan melengkapkan kedudukan podidum.
Atlet wusyu berusia 24 tahun itu mengumpul 18.16 mata sekali gus menggandakan pingat emas yang dimenanginya pada acara Nanquan pada Rabu lepas. – KOSMO! ONLINE