fbpx

Wanita cedera ditembak bekas rakan setugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi suspek menembak mangsa di Batu 37, Jalan Kuching-Serian semalam.

SERIAN – Seorang wanita bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan selepas ditembak bekas rakan sekerjanya menggunakan senapang patah, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 8 pagi di Batu 37, Jalan Kuching-Serian itu, suspek, 67, telah menembak mangsa, 39, yang bekerja di sebuat syarikat konkrit sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian tangan serta bahu kanan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

“Suspek juga telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek dan mangsa adalah bekas rakan sekerja.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Serian dan akan direman untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI