fbpx

Tujuh saudara baharu akui lebih tenang selepas peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (dua dari kanan) memimpin bacaan syahadah bagi menyempurnakan pengislaman saudara baharu di Masjid Negara, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Rata-rata golongan mualaf yang baharu memeluk Islam mengakui kehidupan dan hati mereka kini le­bih tenang selain masalah pula semakin berkurangan.

Perasaan itu dialami sebaik mereka mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di Masjid Negara di sini kelmarin.

Pada majlis tersebut, kira-kira tujuh orang saudara baharu melafazkan syahadah memeluk Islam yang berusia antara 14 hingga 53 tahun.

Menurut seorang saudara baharu, Mohd. Fauzi Wong Abdullah, 51 yang mengalami masalah berkaitan mental sejak lahir, tahap kesihatannya ketika ini lebih baik berbanding dahulu selepas memilih untuk memeluk Islam.

“Dahulu otak saya sentiasa ‘sakit’, macam-macam masalah saya kena fikirkan dan ada masanya hidup saya tidak terurus dan bercelaru. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur.

“Bagaimanapun, selepas saya tekad memeluk Islam, penyakit saya ini semakin pulih dan hidup saya lebih tenang daripada sebelum ini,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohd. Fauzi berkata, niatnya memeluk Islam juga adalah untuk cuba membetulkan persepsi orang ramai terutamanya kepada kaum Cina tentang agama Islam.

Katanya, kedua-dua ibu bapanya juga tidak menghalang untuk memeluk Islam walaupun mereka berada di luar negara.

“Kawan-kawan juga tidak pernah menghalang dan mereka hormati keputusan saya ini. Mungkin selepas ini saya boleh jadi ‘orang tengah’ bagi menjelaskan tentang agama Islam kepada mereka,” katanya yang kini tinggal di sebuah pusat transit Islam di ibu kota.

Sementara itu, seorang lagi saudara baharu, Mohd. Kamal Adam, 44, mengakui kehidupannya juga lebih tenang dan bahagia selepas memilih untuk memeluk Islam.

Jelasnya, dia sudah lama ingin memeluk Islam, namun atas halangan daripada keluarganya sebelum ini dia terpaksa menangguh hasrat tersebut.

“Saya tertarik dengan Islam ini sewaktu di bangku sekolah, tetapi, ibu bapa saya tidak izin. Sekarang kedua-dua mereka sudah tiada dan tiada siapa boleh halang niat saya ini lagi.

“Lagipun sekarang saya kini hidup seorang diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI