fbpx

Taylor’s College sumbang RM200,000 jayakan ‘CAREbinet by The Risers’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin (kiri), dan Josephine Tan pada Majlis Pelancaran CAREbinet by The Risers, di SMK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri, di sini hari ini. -Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Taylor’s College akan menyumbang sebanyak RM200,000 menerusi program ‘CAREbinet by The Risers’.

Program anjuran pelajarnya, ‘The Risers’, inisiatif ini bertujuan membantu memenuhi keperluan asas pelajar dalam kalangan komuniti B40.

Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan Lian Lei berkata, program itu melibatkan pembinaan dan pengagihan 14 buah kabinet kepada sekolah-sekolah di Kuala Lumpur.

“Sebanyak 14 buah sekolah telah menerima almari ini termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Panas, SMK Bandar Tasik Selatan, SMK Cheras, SMK Cochrane Perkasa, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Danau Kota, SMK Dato’ Onn, SMK Desa Petaling, SMK Manja lara, SMK Seri Pantai, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri Tasik, SMK Tinggi Setapak dan SMK Wangsa Maju Seksyen 2.

“Dengan sokongan rakan kongsi Adabi Consumer Industries, Gardenia Bakeries KL, Jasmine Food Corporation, Kotex Malaysia, Mereka dan Unilever Malaysia, semua almari akan diisi semula sehingga Disember 2023.

“Ia meliputi keperluan asas seperti roti, nasi, pes segera sup, minuman segera, sabun tangan, syampu, deodaran dan tuala wanita,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program tersebut di SMK Seri Tasik, Cheras di sini pagi ini.

Josephine Tan memberitahu, Taylor’s College bersama rakan penaja ingin memastikan semua pelajar mendapat pendidikan yang saksama dan berkualiti terutamanya komuniti terpinggir di Kuala Lumpur.

“Kami berusaha untuk menjadi sebuah institusi yang bukan sahaja terbaik di dunia, malah juga terbaik untuk dunia. Oleh itu, kami berusaha untuk menyokong tujuan yang digariskan dalam Agenda Pembanguanan Lestari (SDG), dengan tumpuan khusus pada pendidikan untuk semua.

“Bukan itu sahaja, almari-almari ini juga dibuat daripada sisa-sisa plastik dan karton minuman terpakai yang telah diubah menjadi papan panel polyethylene dan aluminium (PoliAl) oleh Duta Risers dan pelajar Taylor’s College sendiri dengan bimbingan serta bantuan daripada Hab Kreatif Mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Zainudin Mohamad pula menyifatkan inisiatif tersebut sejajar dengan fokus Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan saksama.

“JPWPKL bangga kerana perlaksanaan ini bukan sahaja membantu keluarga B40, malah menekankan kepentingan menjaga alam sekitar.

“Terima kasih kepada Taylor’s College atas usaha proaktif ini bagi membantu institusi pendidikan,” katanya ketika berucap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI