fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad berbasikal lebuh raya sumbang dua pingat di Siem Reap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aishah Mohamad Zubir (dua dari kiri) menerima pingat gangsa yang dimenanginya hari ini.

PHNOM PENH – Skuad berbasikal lebuh raya negara mempamerkan kejutan selepas meraih satu pingat perak dan perak gangsa acara berbasikal kriterium lelaki dan wanita di bandaraya Siam Reap sebentar tadi.

Meskipun tidak diletakkan sebarang sasaran, pelumba negara, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki mempamerkan kayuhan mantap untuk mengakhiri saingan ditempat kedua dalam tempoh 1jam 13minit 38saat.

Sementara itu, peserta dari Indonesia, Terry Yudha Kusuma yang turut merekodkan tempoh masa sama dengan wakil negara dinobatkan sebagai pemenang pingat emas berdasarkan kepada ‘photo finish’ manakala gangsa milik pelumba Filipina, Ronald Nozuelo Oranza (1:13:29).

Sementara itu, pelumba berbasikal lebuh raya wanita juga tidak pulang dengan tangan kosong selepas Nur Aishah Mohamad Zubir meraih pingat gangsa.

Nur Aishah berada dibelakang wakil Thailand, Jutatip Maneephan dan peserta dari Vietnam, Nguyen Thi That yang memenangi perak dengan ketiga-tiga pelumba mengakhiri persaingan dalam tempoh 55minit 19saat namun kedudukan mereka disahkan menerusi ‘photo finish’.

Jurulatih skuad basikal lelaki negara, Mohd Sayuti Mohd Zahit berkata, pingat terbabit boleh dikatakan bonus memandangkan pasukannya tidak meletakkan harapan untuk menaiki podium dalam acara terbabit.

“Pada penampilan Sukan SEA Vietnam 2021, kita pulang dengan tangan kosong tetapi kali ini pelumba negara menampilkan kayuhan mantap walaupun cuaca cukup panas.

“Saya harap keputusan positif yang diraih meniup semangat mereka untuk membawa pulang emas pada acara individu lebuh raya yang berlangsung esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI