fbpx

Sampah domestik Ramadan, Syawal meningkat enam peratus di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI (berdiri empat kiri) menyantuni tetamu menghadiri majlis itu di SACC, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Jumlah sampah domestik terutama sisa makanan di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak enam peratus sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini.

Statistik itu direkodkan KDEB Waste Management (KDEBWM) menerusi hasil kutipan harian yang dijalankan antara 23 Mac lalu sehingga semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, peningkatan itu berlaku susulan kerancakan semula ekonomi menerusi Bazar Ramadan, kedai makan dan acara rumah terbuka.

Kata beliau, kutipan sampah domestik secara puratanya dianggarkan kira-kira 7,000 tan sehari di negeri ini.

“Namun, pemerhatian ketika Ramadan dan Syawal mendapati jumlah itu meningkat lebih 7,400 tan atau enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kebanyakan sampah itu merupakan sisa makanan yang dibuang orang awam termasuk peniaga,” katanya pada majlis
Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Jelas Ramli, penurunan kutipan sampah hanya dicatatkan pada hari pertama dan kedua Syawal berikutan faktor penduduk pulang beraya awal di kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI