fbpx

Sami tembak sami berbalah siapa lebih senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dan orang ramai berada di sebuah kuil selepas insiden tembakan itu. - Facebook

BANGKOK – Seorang sami menembak sami lain kerana pertikaian mengenai senioriti di luar sebuah kuil di wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Anggota Balai Polis Na Klang bergegas ke lokasi kejadian dan menemui sami yang cedera, Weerapong Arsanarm, 57, dengan lima kesan tembakan di perut dan belakang badannya.

Mangsa dilaporkan selamat selepas dirawat di Hospital Na Klang.

Lelaki bersenjata yang dikenal pasti sebagai Wandee Phukhiaw, 74, itu menyerang mangsa di Wat Rat Samak Khee.

Wandee tidak cuba melarikan diri tetapi menyerahkan sepucuk pistol ASTRA miliknya kepada polis di lokasi kejadian. Dia mendakwa memperoleh pistol itu daripada abangnya lebih 20 tahun lalu.

Saksi dan beberapa sami lain mengesahkan bahawa Wandee dan Weerapong kerap bertengkar mengenai susunan tempat duduk mereka semasa upacara keagamaan.

Pertengkaran bertukar ganas semasa waktu makan tengah hari apabila Weerapong meletakkan barang-barangnya di sebelah tempat duduk Wandee dan merenungnya.

Selepas menjerit kepada Weerapong, Wandee kembali ke biliknya untuk mengambil pistol dan menembak mangsa.

Wandee didakwa atas cubaan membunuh dan dipaksa meninggalkan tugasnya. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup atau 15 hingga 20 tahun kerana perbuatan tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI