fbpx

Rina Nose dikecam permain bahasa Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINA NOSE

BARU menguak tirai, konsert Big Stage musim lima (BS5) yang lebih kepada sesi introduksi peserta selain kejutan hos dari Indonesia sudah pun menuai perhatian ramai.

Itu semua gara-gara pengacara seberang, Rina Nose didakwa seolah-olah mempermainkan bahasa Korea ketika juri memberikan ulasan terhadap persembahan peserta Korea Selatan, Hoondoo.

Rina yang berpasangan dengan Elly Mazlein dilihat membuat lawak kononnya sedang menterjemahkan komen juri kepada peserta terbabit.

Biarpun sekadar mahu menceriakan suasana, netizen menganggap tindakan Rina sebagai menjengkelkan apabila mengulang celoteh sama berkali-kali.

Mungkin situasi seperti itu sudah biasa dilakukan di negaranya. Netizen pun jangan cepat melatah, boleh menegur tetapi jangan gunakan bahasa kesat pula.

Mizz Lahar: Dengarnya ada promoter konsert nak sailang ‘job’ dengan sebuah band popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI