fbpx

Operasi mencari Orang Asli suku Bateq dibaham harimau dipergiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan menaiki bot untuk mencari mangsa di kawasan Hulu Sungai Aring, Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq yang hilang dikhuatiri diserang harimau di kawasan Hulu Sungai Aring di sini kelmarin diteruskan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Gua Musang Deputi Superintendan, Azmi Mokhtar berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah bermalam di dalam hutan semalam untuk meneruskan pencarian hari ini.

Katanya, kumpulan yang melibatkan 14 anggota tersebut masih belum tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Aring 5 di sini.

“Mereka dah bergerak untuk ke tempat kejadian pada pukul 8 pagi tadi dan kira-kira lima kilometer lagi akan sampai ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 anggota Perhilitan yang akan masuk melalui jalan sungai menggunakan bot dan kumpulan yang kedua melibatkan seramai 16 anggota yang akan masuk menggunakan jalan darat ke lokasi berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Aring 5 di sini hari ini.

Azmi memberitahu, operasi pencarian itu juga akan mendapat bantuan tambahan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) bermula esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI