fbpx

Netizen cemburu wanita kongsi video berkemas bersama madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karlina mengaku bahagia tinggal serumah dengan madunya. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Lubuklinggau, wilayah Sumatera Selatan berkongsi aktiviti hariannya membuat kerja rumah bersama madunya, sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan netizen, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan video  di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Karlina itu memberitahu, dia dan isteri pertama  tinggal serumah selama setahun.

“Sebagai isteri kedua yang tinggal serumah dengan isteri pertama, ini adalah aktiviti kami setiap hari. Membantu isteri pertama menguruskan rumah,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Video itu memaparkan Karlina dan madunya menyelesaikan urusan harian di rumah seperti menjemur pakaian, mengelap lantai dan menjaga restoran.

“Siapa cakap tidak bahagia? Kami sentiasa bahagia. Alhamdulillah, sudah setahun tinggal bersama, namun tidak pernah bergaduh,” kata Karlina ketika menjawab tuduhan netizen bahawa hidupnya tidak bahagia.

Terdapat juga pengguna media sosial yang menganggap Karlina berbohong dengan mengatakan bahawa dia adalah anak kepada wanita berkenaan (isteri pertama).

“Benar, itu suami saya. Memang dia sudah berusia,” jawabnya.

Video yang dimuat naik oleh Karlina menjadi tular dan menerima pelbagai komen.

“Kalau saya, lebih rela hidup sendiri. Banyak lagi cara untuk mengejar syurga selain berpoligami,” kata seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI