fbpx

Lupa lesen tamat tempoh antara alasan pesalah jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pemeriksaan dilakukan JPJ Selangor sepanjang OPS Hari Raya Aidilfitri 2023

SHAH ALAM – Sebanyak 7,878 kesalahan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2023 (OPS HRA 2023), baru-baru ini.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, daripada jumlah itu didapati kesalahan tidak mempunyai lesen memandu paling tinggi dicatatkan iaitu sebanyak 2,650 kes.

“Antara alasan yang diberikan oleh pesalah ini adalah terlupa lesen telah habis tempoh, harga lesen yang terlalu mahal dan masa belajar lesen yang terlalu lama.

“Bagi kami, kesemua alasan yang diberikan pesalah ini tidak dapat melepaskan diri mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memberitahu, sepanjang operasi selama sehari itu juga menunjukkan seramai 56 pemandu bas telah dikenakan tindakan undang-undang.

Ujarnya, ini berikutan kesalahan dilakukan mereka termasuk memandu menggunakan telefon bimbit, memandu melebih had laju, penggunaan lorong kecemasan dan sebagainya.

“Selain rondaan serta penyamaran anggota, JPJ Selangor turut menggunakan kamera aksi pengawasan (EAC) dalam OPS HRA 2023.

“Hasilnya sebanyak 353 kesalahan telah dikesan selain 210 kenderaan milik persendirian dan syarikat telah disita JPJ,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI