fbpx

Lelaki tanpa identiti meninggal dunia di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan si mati yang dijumpai meninggal dunia di perhentian bas jalan utama Pending, di sini semalam.

KUCHING – Seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijumpai meninggal dunia di perhentian bas jalan utama Pending, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata si mati dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam kira-kira pukul 6.57 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di lokasi mengesahkan kematian lelaki berkenaan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pemeriksaan polis ke atas mayat si mati juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Katanya si mati dianggarkan berusia dalam lingkungan 45 hingga 50 tahun dengan tinggi 165 sentimeter dan berat badan 60 kilogram.

“Semasa dijumpai mangsa tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek berwarna coklat,” katanya.

Justeru, Merbin berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik HUS sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan.

Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Siti Mariam di talian 016-4461345 bagi membantu siasatan serta membuat pengecaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI